Monday, January 26, 2009

HIDUP DI PERANTAUAN

Kini,
Hampir setahun aku merantau,
Mencari tuntutan akhirat,
Mencari ilmu di rantau orang,
Pelbagai onak yang aku temui,
Pelbagai ranjau berduri aku tempuhi,
Namun semua tetap ku harungi,

Tapi,
Rasa ingin kembali ke kampung halaman,
Tetap ku nanti,
Aku merindui,
Suasana kampung yang memberi nafas kehidupan,

Di sini,
Aku menemui pelbagai cubaan kehidupan,
Mengenali mana yang baik dan buruk,
Mengenali mana yang kawan dan musuh,
Mengenali manis dan pahit.

Di sini lah,
Aku mengenal erti kehidupan.

1 comments:

Adrian said...

tabah selalu...