Thursday, August 27, 2009

Berilah ku masa untuk berfikir..

Lepas balik dari sahur, aku pun tido kat bilik MTM...
Kemudian bangun, seperti biasa aku bersyukur kerana diberi peluang hidup semula..
Namun, kala mentari menyuluh tingkap berkaca hitam bilik MTM tu aku terpikir sesuatu..
Rupanye aku terlepas nak g kelas.. MALAS..
Namun aku ada sebab kenapa tak g kelas. Kerana aku dah set minda aku untuk tak g kelas PRT 2008.. Entah aku pun tak tau.. Bila dah bangun tu aku rasa macam sesuatu.. aku ingin mecari sesuatu yang hilang. Entahla apa yang hilang tu... Mungkin???????..
Dan aku memutuskan untuk BERSENDIRIAN, MELAPANGKAN PEMIKIRAN( untuk mencuci otak yang penat berfikir) dan DIAM..
Nak katakan LARIKAN DIRI jauh la...
Perasaan hari ini terkandung dalam sajak ini...

PERAHU

Perahu,
aku berlabuh untuk mencari SESUATU YANG HILANG,
Mungkin di sana akan ku temuinya,
DITEMANI PERAHU,

Perahu,
Perjalanan diteruskan lagi,
Meredah ombak dan cuaca menggila,
Namun hati terus gentar,
Tatkala kala hati gelora seketika.

Perahu,
Perjalanan yang jauh,
Diteman kan perahu,
Kini aku mula mencari,
kaki langit,
bermonolog diri,
munculnya pelangi,
menghamparkan Warna Misteri,

Perahu,
Mungkin ini adalah Destinasi,
Berjalan hujung lilitan bumi,
belum juga kutemui.

namun kuterus mencari,
Kerana hidup bertemu mati,
dan aku tidak mahu,
tulisan aku ini tiada noktahnya.

Perahu,
Kita berlayar lagi
berlayar lagi
berlayar lagi
berlayar lagi
berlayar lagi
berlayar lagi
Masih jua aku ketemui..

Kini aku berada di tengah laut,
menyaksikan keluasan
dan keagungan ciptaan-Nya,
Hebat!!
Namun belum kutemui..

Bila gelap malam,
tiada cahaya menerpa,
Kala itu,
hati berbisik
Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur

akhirnya,
Rupa nya yang aku cari adalah DIRI SENDIRI...