Wednesday, August 19, 2009

Cerita Anak Dan Bapa

Dalam sebuah Kampung Damai, tinggal seorang anak dan ayahnya. Mereka sangat bahagia. Nama anak itu ialah Budin dan nama ayahnya pula ialah Pak Din. Mereka mempunyai seekor kuda.
Pada suatu hari, Budin dan Pak Din berhasrat untuk pergi mengembara ke tiga buah kampung di sekitar kampung mereka. Budin dan Pak Din pun menyiapkan segala kelengkapan untuk dibawa mengembara.
Pak Din dan Budin pun berangkat ke kampung yang pertama iaitu Kampung Badai. Sebelum berangkat ke kampung tersebut, Pak Din meminta Budin menunggang kuda. Apabila tiba di kampung Badai, peduduknya memandang sinis akan dua anak beranak tersebut.
Pak Din pun bertanya kepada seorang pak cik,
" Saudara, mengapa penduduk kampung ini memandang kami anak beranak seperti itu?"
Pak Cik menjawab, " Ini kerana mereka benci akan anak saudara yang menunggang kuda. Seorang anak yang tidak bertanggungjawab kerana tidak membiarkan ayahnya menunggang kuda".
Pak din dan Budin pun termenung seketika.
Mereka pun meneruskan perjalanan ke kampung seterusnya iaitu Kampung Mulai. Kali ini mereka ubah posisi. Pak Din pula menunggang kuda. Apabila tiba di kampung Mulai, peduduknya juga memandang sinis akan dua anak beranak tersebut.
Pak Din pun bertanya kepada seorang mak cik,
" Saudari, mengapa penduduk kampung ini memandang kami anak beranak seaperti ini?"
Mak Cik itupun menjawab, " Ini kerana mereka benci akan saudara yang menunggang kuda. Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab kerana tidak membiarkan anaknya menunggang kuda".
Pak din dan Budin pun termenung seketika.
Mereka pun meneruskan perjalanan ke kampung seterusnya iaitu Kampung Kulai. Pak Din dan Budin tidak menunggang kuda . Apabila tiba di kampung Kulai, peduduknya juga memandang akan dua anak beranak tersebut dengan begitu hairan.
Pak Din pun bertanya kepada seorang pemuda,
" Saudara, mengapa penduduk kampung ini memandang kami anak beranak seperti ini?"
Pemudaitu menjawab, " Ini kerana mereka hairan akan saudara anak beranak yang tidak menunggang kuda. Tidak kah pelik namanya, ada kuda tapi tak nak tunggang".
Pak Din pun hairan.
Pak Din dan Budin pun berangkat balik rumah. Sesampainya di rumah, Pak Din dan Budin pun merungkan kejadian itu..


P/S
Harap dapat memahami isi tersirat dalam cerita ini.
Ia amat penting apabila kita bekerja dalam organisasi.

4 comments:

tough lady :) said...

xpaham laa umi..

encik BANGLA said...

positif point ade, negatif point pon ade...

DANISH SANGGIN said...

BELL : hanya orang yang baca teliti saja yang boleh faham..hahha
Bangla : Tol tu bangla.. kadang2 kita tak leh terima n memuaskan hati semua orang.

amin said...

sokong dgn pandangan encik BANGLA..ada positif dan negatif..bukan senang nak memenuhi kehendak orang lain