Monday, January 26, 2009

AWAK


Awak,
Aku tetap merindui masa lalu,
Dulu kita selalu bersama,
Berbicara tentang cinta,
Berkongsi suka duka,
Tiada rahsia antara kita.

Awak,
Aku merindui masa itu,
Berdua bersama bahagia terasa,

Awak,
Kenapa kini kita saling berjauhan,
Mungkin kerana kesibukan melanda,
Namun bila bersua,
Lidah kelu untuk berbicara,
Senyuman pudar terlukis pada wajah.

Awak,
Kuingat lagi,
Kau pernah bekata,
Kita akan hingga bahagia,
Bila kita bersama.

Awak,
Aku inginkan kita seperti dahulu,
Aku merindui masa itu,
Mungkin betul kata pujangga,
MANUSIA SETIASA BERUBAH.

1 comments:

Adrian said...

sape awak tu? mesti seseorg yg telah lama hati ko minati atau sukai...heheheh