Tuesday, August 25, 2009

Maafkan aku sayang....

Aku tak boleh menipu. Aku tahu setelah 5 tahun kita bertunang. Nothing!!! Mungkin ini jalan terbaik. Aku ikut jalan aku, engkau ikut jalan engkau.. Baru aku faham apa yang kau maksudkan malam itu..

11 Mei 2009,
Water Front Kuching
Aku dan kau makan angin di Water Front Kuching, malam yang sejuk dan damai itu menyebabkan hatiku tenang. Kau katakan yang hubungan kita seperti KEADAAN CUACA. Aku tahu, mungkin kita terlalu jauh sayang. Aku belajar kat UPM dan Kau UMS. Terlalu jauh sayang. Kita dipisahkan oleh Laut China Selatan. Mungkin betul kata kau tu.. Kita bertunang bukan atas percintaan tapi atas kehendak keluarga. Kadang2 aku tak leh menipu diri sendiri, kerana aku tidak sempurna buat kau..
Aku teringat waktu itu.
KAU katakan
HUBUNGAN KITA TIDAK BERPANJANGAN.
Aku terima sayang......
Soal Perasaan dan hati tak boleh dipaksa..

Pada mulanya aku, aku berfikir bahawa gadis pilihan keluarga adalah lebih bagus..
Namun lebih seksa jika tidak menyintai satu sama lain..
Sayang,
Pada mulanya juga aku berfikir,
kita akan menyemai perasaan cinta sikit demi sedikit..
Mungkin kita akan bercinta selepas naik pelamin..
Namun hancur sayang..

Kau pernah membisik yang engkau sudah dimiliki,
Namun aku tak kisah waktu itu,
Kerana menurut kata keluarga.
Namun sepanjang pagi aku berfikir,
aku telah melakukan satu dosa besar,
MERAMPAS HAK ORANG
DAN
MENGECEWAKAN HATI SEORANG INSAN.

Sayang,
aku tahu kau akan membaca luahan hatiku dalam blog ini.
memang betul kata kau,
mengapa adanya awan di tengah hari.

Sayang,
Kata2 putus daripada sayang itu,
aku terima.
Namun satu permintaan ku
aku berharap kita akan jadi
KAWAN.
dan
Cincin tu,
aku hadiahkan kat kau,
Tanda Pemberian kawan kepada kawan,
klu kau sudi.

Casey,
Sori tak call kau semalam,
kerana hp hilang.,
dan aku baru membaca msg kau kat friendster pagi tadi.
Aku terima apa yang kau katakan itu.
Namun aku tetap akan mengingati memori kita bersama.

I STILL LOVE U.. Casey...

4 comments:

She is aaN said...

aku tetap sygkan ko nok..~

Adrian said...

love is unpredictable.. cinta yg dipaksa sukar dibelai.... tp jgn berpatah hati... arah angin boleh berubah pada bila2 masa saje...

tough lady :) said...

aku syg ko bunga,,tapi aku cintakan org lain..hehe..

cheer up..bunga bukan sekuntum =))

She is aaN said...

habis aku ni siapa la bunga?ko lupa da ke janji2 kite?